Belajar ikatan semasa Latihan Pengakap

Hari ini ialah waktu koko di sekolah saya.pada waktu koko saya telah membuat aktiviti pengakap.

Saya membuat aktiviti tersebut di Kelas 2 Amanah.Di sana , saya dan rakan-rakan telah belajar bagaimanakah  cara ikatan yang boleh mengelakkan luka daripada menjadi semakin teruk.

Salah satu ikatan itu dinamakan ikatan anduh .Ikatan anduh boleh menyokong tangan yang patah atau luka.Ikatan yang kedua ialah ikatan bulat. Ia boleh mengelak bahan tercucuk yang tajam dari terus masuk ke dalam anggota badan.

Saya sangat gembira kerana saya telah mendapat ilmu yang begitu menarik dan berharga.Saya juga mahu belajar ikatan yang lebih menarik pada masa hadapan.

Pada pukul 4.00 saya pulang ke rumah saya.