Percutian ke Entopia .

Minggu lepas saya dan keluarga saya telah pergi ke Entopia. Entopia terletak di Pulau Pinang. Entopia juga ialah sebuah taman rama-rama.

Entopia bukan sahaja sebuah taman rama-rama,malahan terdapat pelbagai serangga lain.Taman tersebut juga terdapat haiwan-haiwan kecil reptilia  seperti katak ,ular dan kura-kura.

Mula-mula apabila saya masuk ke dalam taman tersebut ia dipenuhi dengan rama-rama yang cantik-cantik.Selepas saya melihat pelbagai jenis rama rama, saya terus masuk ke dalam bilik serangga . Di dalam bilik itu saya melihat pelbagai jenis serangga seperti labah-labah,kala jengking dan lipan.

Bilik seterusnya ialah bilik reptilia bilik  ini pula dipenuhi dengan haiwan reptilia seperti ular,cicak,katak dan kura-kura.Akhir sekali ialah bilik kehidupan rama-rama.

Bilik kitaran hidup rama-rama ialah bilik yang menunjukkan cara rama rama hidup,makan dan membesar.

Saya berharap yang pada masa depan saya akan pergi melancung ke Entopia lagi.