Belajar ikatan semasa Latihan Pengakap

Hari ini ialah waktu koko di sekolah saya.pada waktu koko saya telah membuat aktiviti pengakap.

Saya membuat aktiviti tersebut di Kelas 2 Amanah.Di sana , saya dan rakan-rakan telah belajar bagaimanakah  cara ikatan yang boleh mengelakkan luka daripada menjadi semakin teruk.

Salah satu ikatan itu dinamakan ikatan anduh .Ikatan anduh boleh menyokong tangan yang patah atau luka.Ikatan yang kedua ialah ikatan bulat. Ia boleh mengelak bahan tercucuk yang tajam dari terus masuk ke dalam anggota badan.

Saya sangat gembira kerana saya telah mendapat ilmu yang begitu menarik dan berharga.Saya juga mahu belajar ikatan yang lebih menarik pada masa hadapan.

Pada pukul 4.00 saya pulang ke rumah saya.

Pergaduhan Sahabat

Pada hari Khamis lepas, kedua-dua sahabat saya iaitu Naufal dan Afeef bergaduh semasa kelas tambahan di sekolah.

Naufal dan Afeef bergaduh kerana Afeef telah makan makanan Naufal sehingga habis. Semasa kami membuat kerja ,Afeef datang dan mengejek kami. Kemudian setelah kami menyiapkan kerja ,Afeef datang  semula dan mengejek kami dengan panggilan tahi. Selepas itu Naufal menjadi marah lalu menumbuk Afeef.

Akhir sekali saya terpaksa pulang  ke rumah agak lambat kerana saya  mencuba untuk mengelakkan Naufal daripada menumbuk Afeef lagi.

Saya berharap yang kedua-dua kawan saya sentiasa bersahabat

Hari jadi sahabat saya

Pada hari Ahad, saya dan keluarga saya dijemput ke majlis hari jadi sahabat baik saya Naufal.

Majlis bermula pada pukul 3 petang dan saya menyediakan PIÑATA. PIÑATA ialah permainan yang menarik untuk pelbagai jenis majlis.

Kami menaiki kereta ke rumah Naufal. Apabila kami sampai ke rumah Naufal kami  pun bersalam , makan dan bermain bersama-sama sehingga pukul 4 petang. Selepas  itu kami bermain bola sepak dan bermain pinata sehingga pukul 5 petang.

Akhir sekali kami balik dengan pengalaman dan memori yang indah.