Hari ini pada pukul 10 pagi, saya menyertai kelas robotik di sekolah. Di kelas tersebut saya belajar bagaimanakah cara untuk membina sebuah robot kereta. Saya dan sahabat baik saya,Naufal berkerja bersama untuk membina robot tersebut.
Sementara itu, kawan-kawan lain yang juga menyertai kelas robotik sedang belajar bagaimanakah cara untuk menggunakan komputar. Mula-mula cikgu kelas tersebut menyuruh kami melihat sebuah robot kereta selama beberapa minit . Kemudian ambil bahan yang perlu digunakan untuk membina robot tersebut.
Saya dan Naufal membina robot sehingga pukul 10.30 pagi. Apabila robot kami siap saya meminta cikgu memeriksanya.Selepas cikgu memeriksa robot itu, beliau meyuruh saya membetulkan kesalahan yang ada.
Selepas itu saya dan Naufal menambahbaik robot kami. Kemudian saya menekan butang untuk memasangnya.Robot tersebut bergerak. Saya sungguh gembira kerana kami sudah berjaya.
Akhir sekali pada pukul 11pagi, semua murid-murid balik ke rumah masing masing.